We have detected that you do not have the Flash 8 player installed.
Please Click Here to download the Flash plugin.

 
FsM - I'm Not Single
 
Johor Bahru Event
 
 
 
 
Event Status :
Past
 
 
Events :
FsM - I'm Not Single
 
 
Venues :
Festive Street Mall
Stage North Car Park
 
 
When :
- Updating -
 
 
Invitation :
Everyone
 
 
Movie Synopsis :
I’m Not Single mengisahkan pasangan Maya dan Adam yang dipaksa berkahwin pada usia muda kerana perancangan ibu bapa masing-masing yang bersahabat baik sejak kecil. Walaupun saling membenci dan langsung tidak mempunyai rasa cinta, Adam dan maya tiada alasan untuk membantah tambahan pula perancangan tersebut  disokong kuat oleh nenek Maya yang sangat teringin melihat persandingan cucu tunggalnya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Maya sendiri mempunyai teman lelaki iaitu Dani. Dani dan Maya memang saling cinta mencintai dan telah merancang untuk berkahwin. Dani seperti tidak dapat menerima kenyataan Maya sudah berkahwin mencari jalan untuk mendapatkan Maya semula.
 
“Percutian bulan madu” di rumah pusaka keluarga Adam bukanlah satu rancangan yang bijak. Pelbagai peristiwa lucu yang mencuit hati berlaku sepanjang mereka tinggal bersama. Dalam masa yang sama mereka saling mengenal hati budi masing-masing. Namun Maya masih bertemu dengan Dani dan Maya mempunyai niat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti memandangkan usianya baru 21 tahun.
 
Melihat perilaku Maya, Adam menjadi tertekan dan serba salah dengan perhubungan itu. Sehingga pada suatu hari mereka bertengkar dan Maya meminta diceraikan. Adam terus meninggalkan Maya keseorangan. Maya menghubungi Dani dan Dani memberitahu Maya yang dia ada bertemu Adam. Adam telah memberi beberapa pesanan kepada Dani untuk menjaga Maya dengan baik.
Apakah kesudahan perhubungan yang sememangnya tidak sehaluan itu?
 
Segalanya dalam filem I’M NOT SINGLE terbitan ke 25 MIG Production Sdn. Bhd. (Metrowealth) arahan Pierre Andre.
Barisan pelakon yang akan menjayakan filem ini adalah; Farid Kamil, Lisa Surihani, Awal Ashaari, Intan Ladyana, Cat Farish, Ahmad Idham dan ramai lagi.
 
Press Release :
I’m Not Single, filem ke 25 terbitan MIG Production (Metrowealth) dan merupakan filem kedua arahan pengarah muda Pierre Andre. Masih mengekalkan genre romantic komedi, I’m Not Single menampilkan isu yang lebih sensasi dan bakal menyentuh jiwa para penonton. Penerbit MIG, David Teo mempunyai alasan kukuh mengekalkan Pierre Andre sebagai pengarah. Selain bakat, Pierre Andre dilihat mampu mendekatkan filem yang diarahkan dengan jiwa remaja yang menjadi sasaran utama filem ini. Keistimewaan I’m Not Single terletak kepada jalan ceritanya itu sendiri. Skrip I’m Not Single sekali lagi mengetengahkan hasil nukilan Pierre Andre sendiri.
 
Filem yang menelan kos produksi dan promosi sebanyak RM1.5 juta ini telah menjalani pengambaran di Bukit Fraser, Pahang dan sekitar Lembah Klang.
 
Para pelakonnya pula terdiri daripada Farid Kamil, Intan Ladyana, Awal Ashaari, dan seorang pelakon baru yang bermula sebagai pelakon iklan dan mula berjinak dengan dunia perfileman iaitu Lisa Surihani. Pelakon hebat lain yang juga turut mengukuhkan barisan pelakon I’m Not Single adalah Ahmad Idham, Cat Farish, Rusminah Sidek, Jalaludin Hassan, Fadzilah Mansor, Aznah Hamid dan Hafidzudin Fadzil. Kombinasi kali ini diharapkan dapat mengangkat filem ini agar lebih diterima penonton.
Dalam perkembangan lain, MIG Production (Metrowealth) akan muncul dengan filem CONGKAK pada 17 April 2008, manakala BS21 (Brainscan) dan Selamat Pagi Cinta arahan Norliana Samsudin di dalam peringkat akhir untuk disiapkan.
 
Kini, MIG dalam peringkat pengambaran sebuah filem komedi berjudul Senario The Movie: Episode 1
 
Actors :
  1. Farid Kamil
  2. Lisa Surihani
  3. Awal Ashaari
  4. Intan Ladyana
  5. Ahmad Idham
  6. David Teo
  7. Jalaludin Hassan
  8. Hafidzudin Fadzil
  9. Aznah Hamid
  10. Fadzilah Mansor
  11. Rusminah Sidek
  12. Cat Farish
 
 

 
Trackback(0)
Comments (4)add comment

L said:

  saya da tgok trailer citer ni.. memula mmg best..tp saya btl2 x sgke citer mcm ni boleh dtyang kna dlm negara "ISLAM"...
June 26, 2008

puteri nadia said:

  best glerr tgk citer i'm not single nieh ...
smpai menangis coz sdih sgt ....
smilies/grin.gif smilies/cheesy.gif
October 06, 2008 | url

mulancute said:

  eem...mmg best apeh ceta ni..
October 21, 2008 | url

jabink said:

  Hi,

Kepada semua yang menjayakan filem nie, tahniah. To the actors and actresses, well done. And to my favourite Awal Ashaari, keep it up and would love to see u more in cinema!
October 29, 2008

Write comment
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley

security image
Write the displayed characters

busy
 
Tourism Malaysia Danga Bay OnAir