| |
|
Event Organise By : |
Danga Bay
|
|
Event Status : |
Past
|
|
Events : |
Konsert Kotex
" Untukmu Wanita Penyeri Hidup Kami"
|
|
About Event : |
Kotex, jenama nombor satu produk penjagaan dan kebersihan wanita, melancarkan Konsert Kotex “Untukmu Wanita Penyeri Hidup Kami” yang akan berlangsung di
Danga
Bay
, Johor Bahru pada 1 Disember 2007. Konsert yang buat julung kali diadakan ini merupakan satu lagi projek komuniti khas Kotex sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada kaum wanita di seluruh
Malaysia.
Konsert Kotex dengan kerjasama Warner Music ini akan menampilkan dua penyanyi popular tanah air, Mawi dan Adam, termasuk dua kumpulan remaja yang sedang memuncak naik, Sofaz dan Ahli Fiqir sebagai artis terpilih untuk membuat persembahan.
Artis-artis popular ini menjadi pilihan, berdasarakan lagu-lagu yang mereka nyanyikan ditujukan khas buat wanita seperti Aduh Saleha, Zulaikha dan Perempuan yang dinyanyikan oleh Mawi manakala kumpulan Sofaz terkenal dengan lagu Janjiku dan Salahku.
Menurut Rosnah Ramly, Pengarah Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia dan Singapura, antara matlamat utama Kotex menganjurkan konsert ini adalah untuk meraikan dan
memberi penghargaan kepada kaum wanita. Malahan pemilihan artis di kalangan lelaki juga adalah bertujuan untuk mengajak masyarakat dan kaum lelaki agar turut sama meraikan dan menghargai wanita yang banyak memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka “Setiap tahun, Kotex banyak terlibat dengan pelbagai program sokongan yang melibatkan wanita di semua peringkat umur. Malahan Konsert Kotex yang buat pertama kalinya diadakan ini adalah merupakan acara kemuncak untuk tahun 2008. Pihak Kotex juga turut merancang untuk mengadakan dua lagi konsert bersiri seperti ini pada tahun hadapan jika sambutan dari orang ramai amat mengalakkan” katanya dalam sidang media yang diadakan di Planet Hollywood.
Rosnah juga menambah sebagai pengeluar produk penjagaan dan kebersihan nombor satu di
Malaysia
, Kotex berasa amat bangga kerana dapat berkongsi dengan orang ramai untuk turut sama memberi penghargaan istimewa serta sokongan kepada kaum wanita. Malahan setiap tahun Kotex sentiasa mengambil peluang dan inisiatif untuk mempelbagaikan lagi program yang berinformasi khas untuk wanita. Awal tahun ini sahaja Kotex telah menganjurkan satu program pendidikan dan kesedaran untuk gadis remaja di sekolah seluruh
Malaysia
di mana sambutan yang diterima amat mengalakkan.
Sempena dengan Konsert ini juga, Kotex akan turut mengadakan siri jelajah konsert yang pertama bertempat di Carrefour, Johor Bahru pada 17 dan 18 November ini. Peminat kumpulan hip-hop, Ahli Fiqir yang popular dengan lagu “Angguk Angguk Geleng Geleng’, ‘2 x 5’ dan lagu single terbaru ‘Dia Datang” akan membuat persembahan. Orang ramai dijemput hadir untuk tutur sama memeriahkan dan berhibur dengan artis serta pelbagai aktiviti lain yang telah diatur.
Kotex telah menyediakan sebanyak 10,000 tiket dan ianya terhad kepada mereka yang menghantar semula Kotex Polybag ke alamat berikut: Konsert Kotex Untukmu - Danga Bay, PO Box 8615, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46793, Petaling Jaya, Selangor sebelum atau pada 15 November 2007.
|
|
Event's Location : |
Danga Bay Johor Bahru
|
|
When : |
1st December 2007
|
|
Ticket : |
Free Ticket contact
1800 82 1188
or
( Term and Condition Apply)
|
| |
| |
|
| |
Trackback(0)
|